Pak Lah memimpin dengan nurani
Iklan
Tun Abdullah Ahmad Badawi
WALAUPUN sudah lebih 20 hari Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan kita, namun ramai yang saya temui dalam kalangan mereka yang mengenali beliau secara dekat masih terasa kehilangan tersebut dan ramai yang masih bersedih.
Salah seorang pelajar saya ketika menulis ringkasan daripada bacaan mereka ke atas pelbagai tulisan penghormatan buat Pak Lah merumuskan bahawa Pak Lah adalah seorang pemimpin yang Malaysia belum benar-benar bersedia untuk menerimanya.