AMK Klang pertahan Rafizi, kecam serangan Armada

Iklan
Mohamad Shahrul Adnan

KLANG – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang tampil mempertahankan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, susulan siri serangan bertali arus daripada Armada Bersatu yang disifatkan sebagai tidak berasas dan bermotif politik murahan.

Iklan
Iklan

Ketua AMK Klang, Mohamad Shahrul Adnan menegaskan, keputusan Rafizi untuk mengambil cuti sementara daripada tugas kementerian bagi memberi tumpuan kepada hal ehwal dalaman parti adalah satu langkah yang beretika, bertanggungjawab dan mencerminkan prinsip pemisahan antara kerajaan dan parti.

"Langkah ini bukan satu bentuk pengabaian tanggungjawab, sebaliknya memperlihatkan kepekaan beliau terhadap pentingnya integriti dalam pentadbiran,” tegas Shahrul dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau turut mempersoalkan niat Armada Bersatu yang dikatakan sengaja menyerang Rafizi secara berterusan, seolah-olah cuba menutup kelemahan dalam kem sendiri atau mengalihkan perhatian daripada isu-isu sebenar yang membelenggu rakyat.

"Datuk Seri Rafizi telah terbukti memperkenalkan dasar ekonomi progresif dan berasaskan data. Keputusan beliau untuk bercuti adalah bersifat sementara dan tidak menjejaskan kelangsungan dasar kementerian yang telah dirancang dengan teliti,” ujarnya lagi.

Iklan

AMK Klang turut menggesa Armada Bersatu agar menghentikan serangan politik yang tidak matang dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha membina dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Politik hari ini memerlukan kematangan, kejujuran dan kefahaman terhadap dasar dan bukan serangan populis yang melemahkan demokrasi,” tegas Shahrul.