Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM

Iklan
Ismail Sabri tiba pada jam 10.54 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam diiringi kenderaan peronda PDRM. - Foto Awani

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Rabu, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba pada 10.54 pagi.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan SPRM berhubung kes rasuah melibatkan bekas Ismail Sabri, kini mencapai tahap antara 15 hingga 20 peratus. - Bernama