PGA rampas 1.6 tan beras, 10 kotak ayam sejuk beku seludup

Iklan
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1.6 tan beras dan 10 kotak ayam sejuk beku yang dianggarkan berjumlah RM8,768 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Pasir Mas serta Tumpat pada Isnin.

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1.6 tan beras dan 10 kotak ayam sejuk beku yang dianggarkan berjumlah RM8,768 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Pasir Mas serta Tumpat pada Isnin.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua rampasan itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

"Serbuan pertama dilakukan di pangkalan haram Dija dan Pohon Tar, Tumpat membawa kepada rampasan berjumlah 400 kilogram (kg) beras bernilai RM1,600," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Menurut beliau, serbuan kedua pada jam 10.30 pagi dilakukan selepas PGA menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pasir Mas-Lati, Pasir Mas.

Iklan

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 1.2 tan beras yang dianggarkan bernilai RM4,768 telah dijumpai dalam kereta jenis Proton Waja.

Nik Ros Azhan memberitahu, seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai menjadi penghantar beras turut ditahan.

Iklan

"Kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994," katanya.

Menurut beliau, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah menjumpai 10 kotak ayam sejuk beku bernilai RM2,400 yang ditinggalkan di pangkalan haram Paija, Tumpat pada jam 2 petang.

Tambah beliau, barangan tersebut dipercayai dibawa masuk dari Thailand dan disyaki untuk dijual ke pasaran tempatan.