Wanita PKR Johor sokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden
Iklan
NorAziah
JOHOR BAHRU – Wanita PKR Johor menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden.
Exco Wanita PKR, Noraziah Mohd Razit berkata, sokongan tersebut selari dengan aspirasi parti untuk memperkukuh peranan wanita dalam kepimpinan, sejajar dengan sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam barisan tertinggi.
Iklan
Iklan
"Nurul Izzah bukan sekadar simbol Reformasi, beliau juga tokoh yang konsisten memperjuangkan keadilan sosial dan hak rakyat sejak awal gerakan Reformasi.
"Pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden bukan sahaja memperkukuh struktur kepimpinan parti, malah menjadi manifestasi nyata kepada usaha memperkasa wanita sebagai pemimpin berwibawa dan berpengaruh,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
"Wanita Keadilan Johor berdiri teguh bersama beliau demi masa depan parti yang lebih progresif dan berprinsip,” katanya lagi.
Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung pada 24 Mei ini.
Iklan
Persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden kini menjadi tumpuan, terutama selepas timbul spekulasi mengenai kedudukan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk mempertahankan jawatan itu, berikutan beberapa nama besar yang dikatakan berada dalam kem beliau tewas pada pemilihan cabang, baru-baru ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>