Persaingan sengit siapa orang nombor 2 Anwar
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian siaran Rabu mengenai isu pemilihan Timbalan Presiden PK.
SHAH ALAM - Menjelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 peringkat pusat yang dijadualkan berlangsung pada 8 dan 9 Mei ini, semakin banyak pandangan dan kenyataan yang dikeluarkan ahli mahupun pemerhati politik terutama isu melibatkan jawatan nombor dua parti.
Siapa yang layak mendampingi Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengemudi kapal besar parti politik berpengaruh itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) terus menjadi tanda tanya, malah penangguhan pemilihan yang sepatutnya berlangsung pada Isnin lalu seperti sudah dijangkakan.