Tiga lelaki ditahan disyaki samun wanita di R&R

Iklan
Tiga lelaki dicekup dalam serbuan sekitar Johor Bahru selepas disyaki terbabit dalam kes samun seorang wanita di tapak perniagaan hentian rehat dan rawat (R&R) arah utara, Simpang Renggam. Gambar hiasan

KLUANG – Tiga lelaki dicekup dalam serbuan sekitar Johor Bahru selepas disyaki terbabit dalam kes samun seorang wanita di tapak perniagaan hentian rehat dan rawat (R&R) arah utara, Simpang Renggam, awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam sebelum mangsa membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

"Susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang telah menyerbu tiga lokasi berasingan di Johor Bahru pada Selasa, antara jam 1.00 hingga 2.30 pagi.

"Kesemua suspek warga tempatan yang berusia 19 hingga 23 tahun berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi bebas daripada sebarang rekod.

"Ujian air kencing menunjukkan dua suspek negatif, manakala seorang lagi positif methamphetamine.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. Permohonan reman telah dibuat untuk membantu siasatan lanjut,” ujarnya.