Guna nama IPD Muar, tipu peniaga

Iklan
Seorang peniaga rugi RM3,000 selepas diperdaya dua individu tidak dikenali yang menyamar menawarkan tempahan makanan dan cenderamata kononnya untuk satu majlis di IPD Muar. Gambar hiasan

MUAR - Seorang peniaga rugi RM3,000 selepas diperdaya dua individu tidak dikenali yang menyamar menawarkan tempahan makanan dan cenderamata kononnya untuk satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki tempatan berusia 37 tahun telah dihubungi suspek melalui panggilan telefon dan diminta menyediakan bekalan makanan serta cenderamata bagi majlis tersebut.

Iklan
Iklan

"Tanpa menyedari ditipu, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM3,000 seperti diminta.

"Namun selepas pembayaran dibuat, mangsa gagal menghubungi semula suspek apabila panggilan telah disekat," ujarnya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurut Raiz Mukhliz, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang urusan, khususnya yang melibatkan nama agensi kerajaan.

Iklan