KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan sedia ada agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu juga menekankan pentingnya tadbir urus, perolehan dan pelaksanaan yang berkesan, serta peranan pelbagai kementerian, khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merangka pelaksanaan seterusnya.