Pengebumian Allahyarham Seniwati Sophia

Iklan
Rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Seniwati Sophia Ibrahim yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah selepas solat jenazah di Surau Al-Hijrah, Batu Caves, hari ini.

Sophia menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam (5 Mei) akibat asma.