Sumber pendapatan Persekutuan terkesan
Iklan
Sarawak yang menyumbang kira-kira 60 peratus daripada rizab gas Malaysia merupakan tulang belakang industri tenaga negara. (Gambar kecil: Mohamad Khair Afham)
PUTRAJAYA - Pengambilalihan penuh aktiviti cari gali dan pengedaran minyak serta gas oleh Petros di negeri itu dijangka memberi kesan ketara terhadap sumber pendapatan utama negara, khususnya melibatkan Petronas.
Penganalisis Ekonomi daripada Firma Strat369 Consulting, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, langkah itu berisiko menyebabkan Petronas kehilangan sebahagian besar hasil tahunannya yang selama ini menyumbang antara 20 hingga 30 peratus kepada pendapatan kerajaan Persekutuan.