Peranan psikologi industri dan organisasi
Iklan
Psikologi I-O menekankan reka bentuk tempat kerja yang mengambil kira faktor manusia. Gambar hiasan
BAGAIMANA organisasi boleh meningkatkan kesejahteraan pekerja sambil mengekalkan prestasi tinggi? Inilah persoalan utama dalam bidang psikologi industri dan organisasi (psikologi I-O), satu cabang psikologi yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku, fikiran dan emosi manusia di tempat kerja.
Psikologi I-O menggunakan pendekatan saintifik untuk memahami, menilai dan memperbaiki tingkah laku, fikiran dan emosi pekerja, pasukan, pengurus dan majikan dalam organisasi dari perspektif psikologi.