Terengganu sukar ikut jejak Petros
Iklan
Terminal Eksport Tanjung Sulong milik Petronas Gas Berhad di Kemaman.
SHAH ALAM - Peluang kerajaan Terengganu mengikut jejak langkah kerajaan Sarawak untuk menuntut hak eksklusif pemilikan sumber minyak dan gas asli di negeri berkenaan daripada Petronas adalah amat sukar.
Ini kerana sebarang penemuan hasil eksplorasi cari gali sumber minyak dan gas asli di luar garisan sempadan perairan Terengganu melebihi tiga batu nautika sehingga 200 batu nautika dari garis air surut adalah hasil mutlak kerajaan Persekutuan.