LIMA datang lagi
Iklan
LIMA kembali ke Langkawi pada hujung bulan ini. Foto fail
PADA penghujung bulan ini, sekali lagi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) bakal mengunjungi pulau legenda berkenaan.
Seperti edisi terdahulu, ia dinanti-nantikan bukan sahaja oleh agensi-agensi keselamatan dan industri penerbangan serta maritim tetapi juga pihak awam. Antara tarikan yang pasti ialah kehadiran pesawat udara dan tim akrobatik, selain platform maritim pelbagai.