GEORGE TOWN - Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) perlu dilihat sebagai satu misi nasional yang memerlukan sokongan padu daripada semua pihak termasuk pemain industri pelancongan dan media.
Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, kejayaan kempen tersebut bergantung kepada kerjasama strategik pelbagai pihak dalam memastikan negara bersedia menerima kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa.
"Saya menyeru semua pihak yang hadir pada hari ini untuk menyambut kempen ini sebagai satu misi nasional.
"Dalam hal ini, kita mesti memberi tumpuan kepada persiapan menerima pelawat domestik dan antarabangsa seperti kemajuan infrastruktur, kebersihan serta pembangunan produk dan pakej pelancongan baharu termasuk pakej minat khas di negeri masing-masing,” katanya.

Soon Hin (tengah) dan Hon Wai (tiga dari kiri) merasmikan Sesi Libat Urus Tourism Malaysia Bersama Penggiat Industri Pelancongan VM2026 (Pulau Pinang).