WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas semua filem yang dihasilkan di luar negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social pada Ahad, Trump berkata, langkah itu bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang dikatakan sedang mengalami kemerosotan ketara.