Tak sempat rompak ATM, wanita maut bom dipegang meletup

Iklan
Letupan itu menyebabkan kemusnahan pada beberapa bahagian hadapan kedai dan kenderaan berhampiran. - Foto Agensi

THESSALONIKI - Seorang wanita terbunuh selepas bom yang sedang dipegangnya meletup secara tiba-tiba.

Saksi mendakwa mangsa sedang berdiri di luar sebuah bank di bandar utara Thessaloniki di Greece apabila letupan itu berlaku pada awal pagi Sabtu dan turut menyebabkan kemusnahan pada beberapa bahagian hadapan kedai dan kenderaan berhampiran.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pihak berkuasa percaya suspek berusia 38 tahun itu mungkin merancang untuk meletupkan Mesin Teler Automatik (ATM)

Siasatan awal mendapati dia pernah dipenjarakan kerana kes rompakan bank selain mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan pelacuran.

Iklan
Iklan

Difahamkan, pihak berkuasa telah melancarkan siasatan lanjut untuk mengesahkan sama suspek mungkin ada kaitan dengan kumpulan ekstremis haluan kiri. - Agensi