Kronologi kehilangan Pamela Ling

Iklan
Laporan kehilangan Pamela Ling dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.

SHAH ALAM - Seorang wanita dipercayai telah dilarikan selepas gagal hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya,9 April lalu.

Laporan kehilangan individu dikenali Pamela Ling Yueh itu dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya kira-kira jam 3.02 petang.

Iklan
Iklan

Pamela sebelum itu dijadualkan hadir ke pejabat SPRM pada tarikh berkenaan bagi memberi keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

Pamela, 42 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Sarawak, beliau dan suaminya difahamkan sedang disiasat oleh SPRM berkaitan kes pengubahan wang haram.

Iklan

9 April 2025 (Selasa)

1.29 tengah hari: Pamela menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab dari Jalan Cheras menuju ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Iklan

1.52 tengah hari: Lokasi terakhir telefon bimbit miliknya dikesan berhampiran Lebuhraya MEX, berdekatan Pusat Bandar Putra Permai.

1.57 tengah hari: Pamela menghantar WhatsApp kepada peguam memaklumkan sedang dalam perjalanan dan dijangka tiba di SPRM pada jam 2:08 petang.

Selepas 2 petang: Panggilan dan mesej daripada keluarga serta peguamnya tidak dibalas. Mesej WhatsApp tidak dihantar dan panggilan tidak dijawab.

3.02 petang: Peguam membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, mengenai kehilangan Pamela.

10 April 2025

Peguamnya turut membuat laporan polis kedua di Balai Polis Seri Kembangan.

2 Mei 2025

Keluarga Pamela mengeluarkan kenyataan media, memohon bantuan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai keberadaan beliau.

3 Mei 2025

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan penculikan atau melarikan orang dengan niat untuk mengurung secara salah.

Beberapa saksi, termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa, telah dirakam kenyataan.

4 Mei 2025

Pamela masih belum ditemui dan usaha pencarian masih dijalankan.