FREIBURG - Sekumpulan tetamu majlis perkahwinan yang menari di atas lebuh raya kini berdepan prosiding jenayah kerana mengganggu lalu lintas, menurut pihak polis pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kumpulan itu yang menaiki empat buah kereta dilaporkan berhenti berhampiran Freiburg dan keluar dari kenderaan untuk menari, menyebabkan lalu lintas terhenti serta menimbulkan kemarahan pemandu lain yang segera menghubungi polis.