Natrah dibawa ke Singapura selepas tiga tahun di Kemaman
Iklan
Kebaikan hati Mansor memaut jiwa Natrah sehingga seumur hidupnya.
INI hari keempat saya di sini Lake Tahoe, Nevada, Amerika Syarikat (AS). Sebelah siang kami berjalan di sekitar tasik menaiki bot sekali lagi. Cantik pemandangan sekitar tasik dengan latar belakang bukit dan gunung yang diseliputi salji. Angin sejuk meniup sekali sekala. Natrah banyak tersenyum dan ceria.
Malamnya, selepas selesai makan malam barulah bersambung kembali wawancara dengan Natrah. Ini bahagian ketiga dalam susur galur penceritaan sejarah Natrah.