Anna Akhmatova dari lensa PMX
Iklan
Anna Akhmatova, Jun 1889-Mac 1996.
DALAM kebanyakan teks ucapan atau pidato rasminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menamakan tokoh-tokoh sastera. Ia satu kecenderungan yang sangat jarang berlaku dalam kalangan pemimpin atau ahli politik Malaysia.
Barangkali ada ketua kerajaan yang menjadikan buku sebagai bacaan santai. Namun belum ada yang membaca, merujuk dan menjadikan tokoh sastera tempatan mahupun dunia sebagai gandingan dengan tema utama dalam ucapan yang langsung terkait dengan mauduk besar yang mahu disampaikan sepertimana dilakukan Anwar.