Ada ruang perbaiki kedudukan
Iklan
Ranking Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Border (RWB) yang beribu pejabat di Paris dua hari lalu meningkat 19 anak tangga kepada kedudukan 88 dalam kalangan 180 buah negara berbanding 107 bagi tahun 2024.
PENARAFAN atau ranking Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Border (RWB) yang beribu pejabat di Paris dua hari lalu meningkat 19 anak tangga kepada kedudukan 88 dalam kalangan 180 buah negara berbanding 107 bagi tahun 2024.
Dari segi skor, Malaysia mencatatkan 56.09 mata bagi tahun ini berbanding 52.07 mata tahun lalu. Dari segi kategori pula, kedudukan pada tangga 88 membolehkan Malaysia terkeluar daripada kategori sukar pada tahun 2024 kepada bermasalah bagi tahun 2025.