Terowong gelap buat MCA
Iklan
MCA kini berada di dalam sebuah terowong gelap yang bersimpang siur tanpa cebisan cahaya yang boleh menjadi petunjuk untuk menemui jalan keluar.
PERBALAHAN terbuka antara pemimpin kanan MCA dan UMNO beberapa hari lalu adalah manifestasi keadaan Barisan Nasional (BN) sejak dua tahun lalu. Ikatan politik terbesar dan tertua itu kini berhadapan dilema idealisme dan hala tuju setelah membuat keputusan menyertai kerajaan campuran pimpinan Pakatan Harapan (PH).
UMNO sebagai parti terbesar dalam BN masih meneruskan kelangsungan politik mereka menguasai beberapa kerusi Kabinet dan menjadi antara pemimpin utama kerajaan.
Bagaimanapun ini berbeza dengan MCA dan MIC yang hilang peranan mereka diambil alih oleh parti-parti dalam PH yang mempunyai jumlah perwakilan masyarakat Cina dan India lebih besar dan signifikan.