Matrikulasi penting buat Bumiputera
Iklan
Terdapat kira-kira 40,000 tempat di pusat-pusat matrikulasi. Gambar hiasan
APABILA kita sebut skim matrikulasi, yang terlintas di fikiran adalah pendidikan bumiputera. Kata kuncinya, 'Bumiputera'. Matlamatnya berkait rapat dengan pembinaan modal insan dan pembangunan potensi ekonomi Bumiputera.
Dalam bancian tahun 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Bumiputera merupakan 70.4 peratus penduduk Malaysia dan peratusannya meningkat kerana kelahiran yang lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain.