Cucu tergamak bunuh nenek demi gelang emas 100 gram

Iklan
SP dan NY bersekongkol untuk melakukan rompakan itu. - Foto Agensi

KARAWANG - Seorang cucu tergamak membunuh neneknya sendiri demi mendapatkan gelang emas seberat 100 gram.

Kejadian menggemparkan itu berlaku di rumah mangsa dikenali sebagai EM, 65, di Dusun Pasir Pogor, Desa Kiarapayung, Kecamatan Klari, Karawang di Indonesia pada awal minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Ia menjadi kes rompakan dan kekerasan yang membawa kepada pembunuhan kerana pelaku membawa senjata tajam iaitu pisau," kata jurucakap polis, AKBP, Novian Ardiansyah.

Menurutnya, kedua-dua pelaku dikenali sebagai SP dan NY telah diberkas di wilayah Kabupaten Purwakarta di Jawa Barat.

Iklan

"SP dan NY bersubahan melakukan jenayah itu. Beberapa barang bukti termasuk sebuah motosikal, surat pembelian gelang emas seberat 100 gram dan telefon bimbit turut dirampas," jelasnya.

Tragedi itu berlaku terjadi ketika suami mangsa, Otim Syamsudin tiada di rumah dan seorang jiran mendengar bunyi riuh seperti orang sedang bertengkar.

Iklan

Mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan kesan tikaman pada bahagian leher dan dada.

Dia sempat dibawa ke hospital, namun meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati mangsa cuba melawan cucunya, tetapi SP bertindak menikamnya tanpa belas kasihan.

Kedua-dua pelaku tersebut didakwa di bawah Fasal 340 KUHP tentang pembunuhan terancang dan Fasal 365 KUHP berkaitan rompakan dengan kekerasan yang mana boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabit bersalah. - Agensi