Ali XPDC jual motosikal peribadi termasuk RXZ dalam siaran langsung TikTok

Iklan
Yamaha RXZ milik Ali yang dijual ketika siaran langsung di platform TikTok pada Sabtu.

SHAH ALAM - Tiga buah motosikal termasuk Yamaha RXZ milik vokalis kumpulan rock XPDC, Ali, berjaya dijual dengan harga RM50,000 menerusi siaran langsung TikTok sempena jualan amal barangan peribadinya pada malam Sabtu.

Pembeli berkenaan, pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Ejal Daie, pada mulanya hanya membantu membida barangan penyanyi tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, selepas tiada pembida tampil untuk membeli motosikal yang dibuka pada harga bidaan RM30,000, beliau membuat keputusan drastik menawarkan RM50,000 untuk ketiga-tiga motosikal itu.

Selain Yamaha RXZ, dua lagi motosikal yang dibeli adalah Suzuki V100 dan Suzuki Panther.

Iklan

Jualan amal itu turut menampilkan pelbagai barangan peribadi lain milik Ali seperti baju, topi, plak platinum dan lain-lain, dalam siaran langsung yang disaksikan lebih 5,000 penonton dan berakhir sekitar jam 11.40 malam.

Difahamkan, jualan amal berkenaan bertujuan membantu meringankan beban kewangan Ali yang hanya bergantung kepada tawaran nyanyian dan masih mempunyai anak yang bersekolah.

Jualan amal itu turut menampilkan pelbagai barangan peribadi lain milik Ali seperti baju, topi dan plak platinum.

Iklan

Ali sebelum ini menerima rawatan di Hospital Cyberjaya akibat komplikasi paru-paru berair, masalah injap jantung serta sesak nafas.

Beliau juga diuji dengan pemergian isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned pada 6 April 2025 akibat kanser payudara.

Pada 24 Mac lalu, Allahyarham Sharifah Azuwanna dirawat di Hospital Putrajaya manakala Ali pula dimasukkan ke Hospital Cyberjaya.