Ujian ketahanan Lawrence Wong, PAP
Iklan
GE2025 Singapura menjadi ujian besar buat Lawrence Wong dan PAP dalam mengekalkan legasi enam dekad di tengah cabaran ekonomi dan pertumbuhan pembangkang - Foto: Bernama
Hari ini jiran di seberang tambak, Singapura sedang mengadakan Pilihan Raya Umum 2025 (PRU 2025) selepas pembubaran Parlimen republik itu pada April lalu.
Menariknya PRU ini dilihat bukan sekadar tentang mengekalkan kuasa, malah merupakan ujian kepercayaan terhadap kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah mendominasi politik Singapura selama hampir enam dekad.