'Klinik tahu tapi belum sempat buat'
Iklan
Salah satu contoh senarai harga ubat yang disediakan di sebuah klinik.
SHAH ALAM - Empat daripada lima di klinik swasta dan farmasi komuniti di sini didapati gagal memaparkan harga ubat di premis masing-masing walaupun pelaksanaan Perintah Pemaparan Harga Ubat telah berkuat kuasa sejak Khamis lalu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kelima-lima klinik dan farmasi itu telah sedia maklum mengenai inisiatif tersebut namun, hanya satu sahaja yang mengikuti pelaksanaan berkenaan manakala dua daripada klinik swasta yang ditemui masih memikirkan pendekatan sesuai untuk pelaksanaan tersebut.