Wanita gigit lidah remaja lelaki elak dirogol

Iklan
Seorang wanita menggigit lidah remaja lelaki ketika cuba dirogol suspek dalam bilik rawatan sebuah spa kecantikan di Batu Berendam, Melaka.

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita bertindak menggigit lidah seorang remaja lelaki yang cuba merogolnya di sebuah spa kecantikan di Batu Berendam di sini, pada Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di spa tersebut telah didatangi suspek berusia 16 tahun yang berpura-pura bertanya tentang pakej rawatan untuk teman wanitanya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, suspek memaklumkan teman wanitanya dalam perjalanan sebelum remaja itu tiba-tiba menutup mulut mangsa dengan tangan dan menariknya masuk ke bilik rawatan.

Menurutnya, ketika dalam bilik berkenaan suspek didakwa telah meraba mangsa sehingga wanita itu terjatuh ke lantai dan cuba merogol mangsa.

Iklan

"Dalam keadaan itu mangsa telah bertindak menggigit lidah dan mencubit perut suspek sebelum dia menjerit dengan kuat menyebabkan suspek melarikan diri.

"Beberapa minit kemudian suspek sekali lagi cuba memasuki premis namun melarikan diri semula selepas gagal berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Iklan

Ujarnya, bertindak atas maklumat polis berjaya mengesan suspek dan menahannya di sebuah rumah pangsa di Taman Merdeka, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari Khamis.

"Susulan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Batu Berendam pada jam 11.53 pagi, Khamis kita telah menggerakkan risikan untuk memberkas suspek.

"Suspek berjaya ditahan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376/511 dan 393 Kanun Keseksaan atas cubaan merogol dan samun," ujarnya lagi.

Jelasnya, polis turut merampas sebuah motosikal Honda EX5 dipercayai dicuri yang digunakan suspek.