Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain berikutan sentimen positif pelabur serta kemungkinan rundingan perdagangan AS-China. - Gambar hiasan
RINGGIT meneruskan kenaikan untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong keyakinan baharu terhadap perdagangan global, kata penganalisis.
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2560/2600 berbanding dolar AS daripada 4.3130/3185 ketika ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Hari Pekerja.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi yang terus memberangsangkan itu mencerminkan sentimen pelabur yang bertambah baik, disokong oleh tanda-tanda kemungkinan rundingan perdagangan antara AS dan China.
Iklan
"Nampaknya ada beberapa petanda yang positif berkaitan perang perdagangan antara AS dan China, dengan pegawai kerajaan China membayangkan kemungkinan rundingan perdagangan dengan AS,” katanya kepada Bernama.
Pada akhir dagangan hari ini, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Iklan
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9437/9467 daripada 3.0142/0182 ketika ditutup pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 4.8297/8342 daripada 4.9009/9071.
Unit tempatan juga lebih stabil berbanding pound British kepada 5.6639/6692 daripada 5.7626/7699.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN yang lain.
Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2862/2898 berbanding 3.3027/3074 ketika ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8697/8903 daripada 12.9066/9304.
Mata wang domestik turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.67 daripada 7.72/7.73 pada Rabu dan lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 258.8/259.3 daripada 259.7/260.2. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>