Tiada pembelian panik, bekalan telur stabil
Iklan
Dua pekerja premis pemborong telur di Kuala Terengganu, Ishak Ismail, 20, bersama Muhammad Akwa Basil Arshad Firdaus Alias, 22, memeriksa dan menyusun telur.
SEREMBAN - Tiada kenaikan harga mahupun pembelian panik berlaku di Negeri Sembilan susulan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menamatkan subsidi telur ayam secara berfasa bermula Khamis.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya dan pasar mini sekitar Seremban mendapati kebanyakan premis masih mengekalkan harga sedia ada dan tidak menaikkan harga bahan mentah itu secara mendadak.