Konflik Peja bukan kerana pemilihan parti
Iklan
Ahmad Faizal (Gambar kecil: Mohd Rafiq, Fat Full)
SHAH ALAM - Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd Rafiq Mohd Abdullah menafikan dakwaan bahawa konflik melibatkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau Peja berpunca daripada cubaan mengatur keputusan pemilihan parti tahun lalu.
Beliau berkata, proses pemilihan parti tersebut dijalankan secara telus, adil dan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.