'Belanja berhemah, bayar gaji ikut kemampuan'
Iklan
Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengingatkan pengurusan kelab-kelab bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) supaya menguruskan kewangan secara bijak dan bertanggungjawab.
Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor bertitah, kelab-kelab perlu memastikan pembayaran gaji dilakukan mengikut kemampuan serta tidak berbelanja melebihi pendapatan yang dimiliki.
Iklan
Iklan
"Apa yang susah? Bayar gaji, dan jangan berbelanja lebih daripada kemampuan. Cari orang yang benar-benar berminat dan memahami bola sepak untuk menguruskan kelab," titah baginda menerusi satu hantaran di media sosial pada Khamis.
Pada masa sama, Tunku Ismail turut menasihatkan kelab-kelab supaya mencontohi pendekatan berhemah yang ditunjukkan oleh Kuching City FC dan Selangor FC dalam aspek pengurusan kewangan masing-masing.
Iklan
"Belanja secara berhemah. Contohi Kuching City FC dan Selangor FC," titah baginda ringkas.
Beberapa kelab Liga Super 2024/2025 sebelum ini dilaporkan berdepan isu tunggakan gaji, menyaksikan segelintir daripadanya berkemungkinan menarik diri daripada saingan musim 2025/2026.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>