Pelebaran jambatan di Pekan Tapah RM15 juta dalam perhatian KKR

Iklan
Nanta ketika ditemui pemberita selepas meninjau projek penyuraian trafik laluan sehala Pekan Tapah pada Khamis.

TAPAH - Kementerian Kerja Raya (KKR) sedia menimbang cadangan untuk pelebaran Jambatan Sungai Batang Padang di sini bagi melancarkan lagi laluan sehala yang dilaksanakan di Pekan Tapah.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan tersebut telah diterima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batang Padang dengan anggaran kos bernilai RM15 juta.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, ketika ini projek penyuraian trafik laluan sehala Pekan Tapah bagi jangka masa pendek yang menelan belanja RM2.2 juta telah selesai dilaksanakan.

"Saya difahamkan kalau kita tambah satu laluan lagi untuk melebarkan jambatan ini, ia mungkin menelan belanja RM15 juta.

Iklan

"Tetapi kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan kepada kami (KKR), dan jika diutamakan, kita mudah untuk meluluskannya sebelum dibawa ke Kementerian Kewangan atau Kementerian Ekonomi," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek penyuraian trafik laluan sehala Pekan Tapah di sini pada Khamis.

Iklan

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir dan ADUN Chenderiang, Choong Shin Heng.

Ditanya mengenai perkembangan projek lebuh raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng dan Kuala Kangsar, Nanta berkata, pelaksanaannya masih mengikut jadual yang ditetapkan.

Jelasnya, syarikat konsesi diberikan tempoh dua tahun untuk menyelesaikan segala urusan sebelum pembinaan dimulakan.