KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja di negara ini.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah, hari ini negara menghargai dedikasi dan komitmen pekerja yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.