Polis sahkan mayat reput milik Siti Rohani

Iklan
Siti Rohani (kanan) dilaporkan hilang selepas motosikalnya ditemukan di tebing Sungai Titi Haji Idris, pada 8 November tahun lalu.

.

ALOR SETAR – Mayat yang ditemukan dalam keadaan reput di tebing Sungai Kedah, Alor Mengkudu pada Januari lalu disahkan milik Siti Rohani Saad, 37, wanita yang dilaporkan hilang pada November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pengesahan dibuat berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diterima pada Ahad lepas.

Iklan
Iklan

"Keputusan ujian DNA positif milik Siti Rohani dan mayatnya yang berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar telah dituntut keluarga pada hari sama setelah perkara itu dimaklumkan kepada mereka,” katanya pada Khamis.

Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan Siti Rohani sebelum ini.

Siti Rohani dilaporkan hilang selepas motosikalnya ditemukan di tebing Sungai Titi Haji Idris pada 8 November tahun lalu, dipercayai ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Pegawai, di sini.

Iklan

Mayat yang ditemui oleh orang awam pada 14 Januari dalam keadaan reput telah dikaitkan dengan kehilangan wanita tersebut sebelum pengesahan dilakukan melalui ujian DNA.

Menurut Siti Nor Salawati, pihak polis akan terus menjalankan siasatan berhubung kes tersebut meskipun buat masa ini ia diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Iklan

"Setakat ini, tiada petunjuk lain yang mengaitkan kematian dengan unsur jenayah, namun siasatan akan diteruskan bagi memastikan segala aspek disiasat dengan teliti,” ujarnya.