Liverpool naikkan harga Mac Allister

Iklan
Mac Allister (tengah) dikatakan sedang dipantau Real Madrid.

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dikhabarkan menaikkan harga Alexis Mac Allister kepada £85 juta (sekitar RM508 juta) selepas pemain tengah itu diintai Real Madrid.

Mac Allister, 26, menjadi tonggak utama The Reds musim ini dan turut menjaringkan gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Tottenham yang memastikan kejuaraan liga ke-20 buat Liverpool.

Iklan
Iklan

Walaupun Mac Allister sebelum ini menyatakan komitmen bersama Liverpool, Real dilaporkan mahu memperkuat bahagian tengah dan menjadikannya sasaran utama.

Difahamkan, Liverpool enggan melepaskan pemain itu dengan mudah terutama selepas kemungkinan penghijrahan Trent Alexander-Arnold ke Real.

Iklan

Sebagai langkah bersedia, Liverpool turut dikaitkan dengan pemain muda Crystal Palace, Adam Wharton, namun fokus utama tetap untuk mengekalkan Mac Allister di Anfield.

Mac Allister menyertai Liverpool dari Brighton and Hove Albion pada musim panas 2023 dengan yuran perpindahan sebanyak £35 juta (RM209 juta).

Iklan

Berdasarkan semakan di Transfrmarket, nilai semasa pemain Argentina itu sekitar £63.5 juta (RM380 juta).