Piala Sudirman: Manfaatkan kelebihan beregu lelaki
Iklan
Gandingan Aaron (kiri) dan Wooi Yik bersedia jika diturunkan menentang Jepun hari ini. Foto Agensi
MALAYSIA mempunyai kelebihan bagi acara beregu lelaki dalam penentuan juara Kumpulan C menentang Jepun pada kempen Piala Sudirman yang berlangsung di Xiamen, China hari ini.
Kem badminton negara mempertaruhkan tiga pasangan yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia berbanding Jepun dalam kedudukan ke-17 dan 60.
Iklan
Iklan
Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek percaya pasangan Malaysia berada dalam prestasi terbaik dan mempunyai kelebihan tersendiri.
Malah beliau optimis skuad negara boleh meraih mata daripada beregu lelaki tanpa mengira pasangan mana yang diturunkan.
Iklan
"Mana-mana pasangan negara boleh menentang Jepun dan mampu memberikan mata,” katanya.
Malaysia memiliki kekuatan dalam acara beregu lelaki menerusi pasangan nombor 2 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (keempat dunia) dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (ketujuh dunia).
Iklan
Pasangan utama Jepun, bekas juara dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi kini menduduki tempat ke-17.
Kobayashi bagaimanapun baru membuat kemunculan selepas berehat selama lima bulan akibat kecederaan.
Pasangan kedua mereka ialah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita yang berada di kedudukan ke-59 dunia.
"Kobayashi akan memerlukan masa untuk mendapatkan kembali keyakinannya selepas berehat begitu lama,” ujar Razif.
Dalam pada itu, Aaron tidak kisah siapa yang diturunkan kerana apa yang penting adalah mata buat pasukan dalam misi memburu kemenangan untuk bergelar juara kumpulan.
"Kita ada tiga pasangan terbaik, jadi kena gunakan kelebihan itu, khususnya dalam dua sektor ini termasuk beregu campuran,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>