NEW DELHI - Dinding di sebuah kuil di Andhra Pradesh, India pada Rabu runtuh hingga mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang manakala beberapa yang lain cedera, lapor Xinhua.
Menurut pegawai tempatan, insiden berlaku semasa perayaan tahunan Chandanotsavam di Kuil Sri Varahalakshmi Narasimha Swamy di Visakhapatnam, kira-kira 393 kilometer timur laut Amaravati, Andhra Pradesh.