SEOUL - Pendakwa raya Korea Selatan pada Rabu bertindak menggeledah kediaman bekas Presiden Yoon Suk Yeol sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pelbagai dakwaan membabitkan hubungan antara keluarganya dengan seorang bomoh kontroversi, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul mengerahkan pasukan pendakwa dan penyiasat ke kediaman Yoon di Seocho-dong, selatan Seoul bagi mendapatkan bukti berkaitan dakwaan melibatkan bomoh Jeon Seong-bae, yang turut dikenali sebagai Geon Jin.