Majikan perlu cari jalan sesuaikan dengan perubahan
Iklan
Y K Lai
SHAH ALAM - Majikan perlu mencari jalan untuk menyesuaikan diri bagi mendepani beberapa perubahan termasuklah kenaikan gaji minimum dan kos sara hidup untuk memastikan perniagaan terus berkembang.
Presiden Persatuan Majikan Perkhidmatan, Komersial dan Industri Malaysia, Y K Lai berkata, sebagai contoh majikan perlu memulakan langkah menggunakan automasi dan alat digital bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buruh manual dan meningkatkan kecekapan operasi, sekali gus menyesuaikan diri dengan gaji minimum RM1,700.