Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS walaupun dolar kekal sebagai mata wang selamat, dengan kadar pertukaran dijangka stabil antara RM4.32 hingga RM4.34 - Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pada Rabu walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) mengekalkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat berikutan kenaikan 0.23 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 99.237 mata.
Pada jam 8.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3190/3330 berbanding dolar AS daripada 4.3245/3300 pada Selasa.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata, nampaknya terdapat sedikit harapan bahawa ekonomi AS dapat mendepani cabaran tarif dengan lebih baik.
"Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin meningkatkan usahanya untuk mengelak kemelesetan dengan menurunkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Iklan
Beliau berkata, beberapa aktiviti pengambilan untung boleh berlaku berikutan peningkatan nilai ringgit baru-baru ini.
"Sehubungan itu, kadar pertukaran dolar ASD/MYR dijangka antara RM4.32 hingga RM4.34 hari ini,” katanya.
Iklan
Awal dagangan hari ini, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0373/0473 daripada 3.0301/0341 ketika ditutup semalam dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7931/8119 daripada 5.7927/8000 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia melonjak berbanding euro kepada 4.9202/9362 daripada 4.9217/9280.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3025/3137 daripada 3.3027/3074 pada penutupan Selasa dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9033/9587 daripada 12.9399/9629.
Ringgit juga menambah berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.72 daripada 7.70/7.72 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 257.6/258.6 daripada 257.9/258.4 sebelum itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>