Perihal gerbang SPM
Iklan
Perihal SPM menjadi gerbang utama ke arah kejayaan sebenar telah lama menjadi tajuk perbincangan. Gambar hiasan
APABILA keputusan SPM diumumkan dia mendapat 8A. Tetapi A yang diperolehnya berbeza daripada orang lain kerana setiap satunya mungkin berbunyi: Ayoyo, Alamak, Aiyo, Aduhai, Aduh, Alahai, Astaga, Arghhh.
Ya, sesiapa pun yang melihat slip keputusannya dengan spontan akan mengeluarkan segala macam kata seru. Saya sendiri tidak terkecuali. Masih terbayang-bayang jumlah agregitnya. Sangat banyak.