PM dipertanggungjawab semua jabatan Persekutuan sehingga lantikan Kabinet

Iklan
Muhyiddin

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertanggungjawabkan terhadap semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara di bawah tanggungjawab jabatan itu sehingga pelantikan menteri lain dalam jemaah menteri.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No 2) 2020 yang disiarkan di laman web Jabatan Peguam Negara.

Iklan
Iklan

Menurut warta itu, perintah berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020.

Warta itu menyatakan, menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Warta itu turut memaklumkan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2020 [PU (A) 77/2020] dibatalkan. - Bernama