SHAH ALAM – Bank Rakyat mengumumkan pelantikan Noor Aeiza Hassan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat yang baharu, berkuat kuasa pada 29 April 2025.
Menurut kenyataan Bank Rakyat, pelantikan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh fungsi dan peranan yayasan dalam menjaga kebajikan anggota serta masyarakat secara keseluruhan.
Iklan
Iklan
"Noor Aeiza merupakan lulusan bidang Sumber Manusia dalam Psikologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memiliki pengalaman lebih 14 tahun di peringkat pengurusan dalam industri komunikasi serta latihan pembangunan keusahawanan,” kata kenyataan tersebut.
Bank Rakyat yakin, dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau, Noor Aeiza mampu mengemudi Yayasan Bank Rakyat dengan berkesan.
"Keyakinan ini selaras dengan komitmen Yayasan Bank Rakyat untuk terus membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi melalui pendidikan dan pembangunan modal insan, sejajar dengan konsep Malaysia Madani,” ujar kenyataan itu lagi.