WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump cuba meredakan kesan tarif automotif pada Selasa dengan mengurangkan beberapa duti dikenakan ke atas alat ganti asing dalam sektor pembuatan kereta tempatan di samping mengekalkan cukai ke atas kereta buatan luar.
"Trump sedang merancang perkongsian penting dengan pembuat kereta domestik dan pekerja Amerika,” ujar Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick.