12 buku ajaran bertentangan akidah Islam diharamkan jualan

Iklan
Kesemua 12 buku tersebut mengandungi ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.

SHAH ALAM - Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memperakukan larangan terhadap 12 judul buku yang didapati mengandungi ajaran bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah, syariah dan akhlak Islam.

Pengerusinya, Datuk Dr Nooh Gadot berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-125 yang berlangsung pada 24 hingga 26 September tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, hasil perbincangan mesyuarat tersebut mendapati kandungan kesemua 12 buku berkenaan berpotensi mengelirukan masyarakat Islam di negara ini, sekali gus menyebabkan buku-buku tersebut perlu diharamkan.

"Buku yang dikenakan perintah larangan ialah The Goal of The Wise oleh Abdullah Hashem Aba al-Sadiq; Memahami dan Menyingkapi Tradisi Tuhan karya Ahmad Mesiyyakh; dan Manusia Sebelum Adam tulisan Luqmanul Hakim Abdul Razak.

Iklan

"Selain itu, Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa serta Perikatan Ulama-Negara: Punca Autoritarianisme dan Kemunduran Dunia Muslim hasil penulisan Ahmet T. Kuru; serta Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori oleh Asma Afsaruddin turut dilarang.

"Beberapa terbitan tanpa nama penulis seperti Suhuf Abraham, Suka Duka Perjalanan Dhul Qarnain, Jalan Kebenaran Universal, dan Kaidah Moral dan Disiplin juga termasuk dalam senarai bahan terlarang,” katanya.

Iklan

Tambah Nooh Gadot, karya tempatan seperti Duhai Hati - Menarilah Bersamaku oleh Ismail Ariffin @ Lepat serta Penemuan Terbaru Akidah Bersanad Imam al-Shafi’i oleh Sadr al-Din Abu al-Wafaʾ Sulayman bin Yusuf al-Yasufi turut tersenarai dalam larangan tersebut.

Beliau turut mengingatkan umat Islam agar tidak memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedarkan mana-mana terbitan berkaitan isi kandungan buku-buku terbabit.