Malaysia, Jepun bincang kerjasama ekonomi lebih luas

Iklan
Tengku Zafrul. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Jepun membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih luas termasuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif terutamanya dalam ketidaktentuan global pada masa ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dalam pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yoji Muto semalam, mereka telah bertukar pandangan mengenai cara terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dunia.

Iklan
Iklan

"Malaysia dan Jepun perlu bersatu untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkesan.

"Dengan berkongsi kepakaran dan sumber, kita boleh memacu pertumbuhan dan inovasi,” katanya dalam satu hantaran di laman X pada Selasa.

Iklan

Dalam pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, kedua-dua pihak turut membincangkan situasi dunia yang kini berdepan dengan cabaran perdagangan global. - Bernama

Iklan