Bantuan segera kepada SMK Tinggi Setapak - Fadhlina

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan Asrama SMK Tinggi Setapak terbakar.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di sini, susulan insiden kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan asrama sekolah itu semalam.

Beliau berkata, tumpuan pada masa ini adalah memastikan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

Iklan
Iklan

"Saya telah menerima perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak.

"Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua terlibat terpelihara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Selasa.

Iklan

Dalam kejadian semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar pada 8.43 malam.

Bagaimanapun, kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu isyak.

Iklan

Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin memaklumkan kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan itu, mengakibatkan 80 peratus bahagian asrama musnah. - Bernama