'Dunia iktiraf sijil kita, tapi peluang kerja terhad'
Iklan
Graduan perlu membuktikan nilai tambah mereka kepada bakal majikan untuk menonjol dalam kalangan ribuan pencari kerja.
SHAH ALAM - Kualiti pendidikan tinggi negara bukan isu utama dalam masalah pekerjaan tidak sepadan kelayakan, sebaliknya peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang ditawarkan oleh majikan tempatan masih terhad.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sijil akademik dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada awam atau swasta hakikatnya sangat diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa.